if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa #Lawan: Anak muda sanggup keluar ke jalanan, ambil risiko demi negara – Tian Chua

#Lawan: Anak muda sanggup keluar ke jalanan, ambil risiko demi negara – Tian Chua

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua hari ini menegaskan para peserta dan penganjur himpunan ‘Keluar dan #Lawan’ simbolik kepada keberanian anak muda untuk bersuara demi negara.

“Mereka bukannya untuk bersuka ria bagi mendapatkan keistimewaan tetapi mengambil risiko demi kepentingan umum,

“Saya bersyukur bahawa generasi muda kita memberi prihatin kepada nasib negara. Ini adalah anak-anak muda yang ingin kita lihat,

“Walaupun berhadapan dengan pelbagai risiko, mereka bertindak kerana ambil tahu nasib negara,” katanya semasa tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

Beliau menambah, situasi semasa negara yang mendesak akibat kekacauan politik dan pandemik COVID-19 telah menyebabkan himpunan tersebut diadakan.

“Kita melihat krisis COVID-19 kian tidak terkawal dan semakin teruk walaupun ada langkah kawalan diambil,

“Tambahan pula, rakyat semakin tertekan dan parlimen telah ditutup. Kita tidak ada penyelesaian lain melainkan membawa perkara ini ke jalan raya,” ujar beliau.

Tian Chua bersama 6 orang aktivis, penganjur dan peserta himpunan ‘Keluar dan #Lawan’ telah dipanggil untuk memberi keterangan di IPD Dang Wangi berhubung protes yang diadakan pada Sabtu lalu.

Turut dipanggil adalah salah seorang pengasas Parti Muda, Amir Hadi. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply