Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ATM pasang kawat duri kawal pergerakan 2 lokaliti di Sabah

ATM pasang kawat duri kawal pergerakan 2 lokaliti di Sabah

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 14 Jul – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah membantu Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri (NADMA) Sabah dengan memasang kawat duri di Kampung Tebongon Putatan dan Taman Kuala Menggatal, semalam.

Pemasangan kawat duri tersebut adalah berikutan keputusan kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 13 sehingga 26 Julai 2021 berikutan pengesanan kes jangkitan COVID-19 di lokaliti berkenaan.

Markas Lima Divisyen Infantri Malaysia (5 Div) dalam hantaran di media sosial rasminya berkata, pemasangan tersebut melibatkan seorang pegawai dan 12 orang anggota dibawah naungannya.

“Anggota dari Rejimen 507 Askar Wataniah (AW 507), Skuadron Semboyan Briged Kelima Infantri (5 SSB) dan Kor Perkhidmatan Diraja (5 KPD) telah diaturgerak bagi membantu dengan pemasangan kawat berduri (Concertina Wire) di lokaliti Kampung Tebongon Putatan dan Taman Kuala Menggatal, Sabah, semalam,

“Pemasangan pagar kawat yang diketuai oleh Mejar Ahmad Rezwan Razali ini adalah selaras dengan pengumuman PKPD di lokasi penempatan ini yang bermula 13 sehingga 26 Julai 2021 berikutan berlakunya pertambahan kes jangkitan dan penyebaran COVID – 19 di kawasan ini,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan pelaksanaan PKPD di lokaliti tersebut berikutan peningkatan kes yang mendadak dalam masa yang singkat.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. -airtimes.

Related Articles

Leave a Reply