Home Ekonomi Unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia akan diturunkan – Tengku Zafrul

Unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia akan diturunkan – Tengku Zafrul

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul tengku Abdul Aziz hari ini menyatakan tinjauan pertumbuhan pertumbuhan ekonomi Malaysia akan menurun pada tahun 2021.

Beliau dalam satu temubual bersama Bloomberg TV hari ini menjelaskan langkah tersebut diambil berikutan sekatan pergerakan bagi membendung COVID-19.

Beliau turut memberikan isyarat kerajaan mungkin mengujurkan pertumbuhan ekonomi sekitar 4%.

“Kami sedang menyemak semula angka yang lebih rendah. Angka sebenar akan dikongsikan setelah mendapatkan data daripada lapangan,” kata Tengku Zafrul.

Kerajaan sebelum ini menyatakan akan menyemak semula tinjauan, yang pada ketika ini antara 6.0 hingga 7.5%, pada bulan depan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply