Home Ekonomi Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi

Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Sesi dagangan Bursa Malaysia pada hari ini ditutup pada paras tinggi.

Pada pukul 5 petang, Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 11.87 mata kepada aras 1,520.58 mata.

Jumlah kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan kadar 658 berbanding 326. Sebanyak 444 kaunter tidak berubah, 775 tidak didagangkan dan 10 digantung.

Serba Dinamik, salah satu kaunter aktif telah mengalami peningkatan harga saham sebanyak 1.5 sen dan ditutup pada paras 45.5 sen.

Salah satu kaunter aktif, Serba Dinamik telah meningkat sebanyak 2.5 sen kepada 46.5 sen. Kanger International dan AT Systematization masing-masing menokok 0.5 sen.

Saham Hong Seng Consolidated menokok 17 sen dan ditutup pada RM1.07. Careplus ditutup pada RM1.75 selepas meningkat 10 sen pada hari ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!