Home Ekonomi Serba Dinamik: Salah tafsir alamat Arab antara kecuaian KPMG dalam lakukan audit

Serba Dinamik: Salah tafsir alamat Arab antara kecuaian KPMG dalam lakukan audit

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) telah mendedahkan beberapa kesilapan yang dilakukan oleh firma KPMG dalam melakukan audit.

SDHB dalam satu kenyataan berkata, pihak KPMG telah menemui beberapa dapatan semasa melakukan audit.

Antara langkah yang dilakukan oleh juruaudit adalah mendapatkan pengesahan daripada pelanggan dan pembekal syarikat mengenai transaksi bayaran.

“Ini termasuk membuktikan keberadaan pelanggan dan pembekal tersebut,” katanya.

Menurut SDHB, antara kesilapan yang dilakukan oleh KPMG adalah juruaudit dari firma tersebut adalah salah tafsir alamat pembekal di Timur Tengah.

“Dalam dapatan audit, KPMG merumuskan pejabat pihak pembekal adalah tidak wujud,” kata kenyataan itu.

Menurut SDHB. pihaknya telah meneliti dapatan tersebut dan mendapati alamat pihak pembekal adalah terdiri daripada nombor roman dan abjad Arab.

“SDHB telah memaklumkan kepada KPMG pihak audit tidak dapat menjumpai pejabat tersebut kerana juruaudit tersalah baca alamat,

“Bukti telah diberikan kepada KPMG namun mereka enggan melakukan pengesahan,” tegasnya.

Selain daripada itu, SDHB turut mendedahkan juruaudit bergantung kepada aplikasi TrueCaller bagi melakukan pengesahan terhadap pemilikan nombor salah satu pihak pembekal.

“Aplikasi tersebut telah memberikan hasil maklumat pemilikan nombor yang kurang tepat,” jelas kenyataan itu.

Menurut SDHB, pihaknya telah mendapatkan dokumen bil telefon yang sah pihak pembekal namun KPMG enggan melakukan semakan.

Selain daripada itu, SDHB turut menyatakan juruaudit KPMG cuai dalam melakukan pengesahan.

“KPMG telah membuat kesimpulan bahawa beberapa individu yang menandatangani permintaan ke atas pengesahan audit bagi pihak syarikatmereka – pelanggan dan pembekal Serba Dinamik – tidak wujud, hanya berdasarkan panggilan yang dibuat kepada penyambuttetamu syarikat-syarikat ini untuk mengesahkan identiti berkenaan,” kata SDHB.

Tambahnya, walaupun pihak kakitangan kanan syarikat tersebut telah mengesahkan kewujudan individu terbabit, namun tiada tindakan selanjutnya yang diambil oleh KPMG.

“Pihak audit telah menimbulkan isu percanggahan kontrak IT yang melibatkan vendor asing di mana dalam kontrak tersebut nama syarikat yang terlibat ditetapkan sebagai L.L.P, sedangkan dalam invois syarikat berkenaan yang seterusnya merujuk diri mereka dengan LLP,

“Perbezaan kedua-dua singkatan ini serupa dengan isu syarikat yang mempunyai “Sdn. Bhd.” dan “Sdn Bhd” di mana perkara-perkara ini tidak bersifat substantif dan mudah diselesaikan,” ujarnya.

Semalam, pihak SDHB mengumumkan mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap KPMG kerana kecuaian dalam melakukan audit.

Menurut Pengerusi SDHB, Datuk Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed, tindakan KPMG telah merosakkan imej korporat syarikat sehingga menyebabkan para pelabur mengalami kerugian lebih RM 3bilion. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply