Home Semasa Kes baharu COVID-19 kekal catat angka bawah 5,000

Kes baharu COVID-19 kekal catat angka bawah 5,000

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Malaysia kekal mencatatkan kes harian COVID-19 di bawah 5,000 dua hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di Twitternya memaklumkan, sebanyak 4,743 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, namun sedikit meningkat dari semalam iaitu 4,611 kes.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 705,762 kes. ⠀

Beliau turut berkata, Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 1,566 kes baharu diikuti Kuala Lumpur (635) dan Sarawak (507) kes.

“Ia disusuli Negeri Sembilan (585); Johor (293); Pulau Pinang (195); Sabah (193); Melaka (167); Kelantan (165); Kedah (142) dan Pahang (131) kes,

“Sementara itu, Labuan mencatatkan 104 kes, Perak (68); Terengganu (37), Putrajaya (7) dan Perlis (2),” tambahnya.

Sehingga semalam, Malaysia telah merekodkan 4,611 kes baharu COVID-19 dan 69 korban akibat wabak ini. -airtimes.my⠀

Related Articles

Leave a Reply