Home PolitikBarisan Nasional 14 hari sidang Parlimen: Itu pandangan Biro Politik, bukan MKT UMNO

14 hari sidang Parlimen: Itu pandangan Biro Politik, bukan MKT UMNO

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=ZuvnLHB8GmQ[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Tempoh 14 hari yang ditetapkan UMNO kepada kerajaan untuk mengadakan sidang Parlimen adalah cadangan Biro Politik dan bukannya ditetapkan melalui mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, keputusan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih belum dibincangkan dalam MKT.

“UMNO berpandangan perlu cepat jadi 14 hari (sidang Parlimen), itu adalah pandangan dari Biro Politik UMNO bukannya MKT,

“Dari segi dasar yang boleh memutuskan adalah MKT, Biro Politik hanya boleh mencadangkan,

“Ini hanya cadangan daripada UMNO, tetapi MKT lah akan memutuskan, jadi cadangan UMNO supaya 14 hari diadakan sidang tapi soalnya kalau tidak mengadakan sidang, apa akan jadi dan tindakan tidak dibincangkan,” katanya pada sidang media selepas melawat pesara tentera di Flat Sri Johor, Cheras, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri menegaskan UMNO menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah iaitu perlu disegerakan pembukaan sidang Parlimen.

“Saya ingat tidak ada percanggahan pandangan pun dari segi pembukaan Parlimen dan tiada percanggahan dari sesiapa pun dalam UMNO,

“Kita (UMNO) memang bersetuju supaya Parlimen dibuka, tetapi isu secepat mungkin yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong itu berbagai-bagai interpretasilah apa maksud cepat itu,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply