Home Semasa 6,239 kes baharu COVID-19, Selangor kekal catat angka tertinggi

6,239 kes baharu COVID-19, Selangor kekal catat angka tertinggi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Sebanyak 6,239 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara meningkat ke 633,891 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,291 kes baharu diikuti Kuala Lumpur iaitu 704 kes, Negeri Sembilan (507); Johor (468); Sarawak (419) dan Kelantan (340).

“Ini diikuti Pahang dan Sabah sebanyak 232 kes, Labuan (200), Pulau Pinang (194); Perak (175); Terangganu (171); Melaka (150); Kedah (135); Putrajaya (8) dan Perlis (1),” katanya dalam hantaran di media sosialnya.

Sehingga semalam, Malaysia telah merekodkan 5,566 kes baharu COVID-19 dan 76 korban akibat wabak ini. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply