Home Semasa Senarai sektor kilang semasa lockdown: Azmin mesti tampil beri penjelasan – Pemuda UMNO

Senarai sektor kilang semasa lockdown: Azmin mesti tampil beri penjelasan – Pemuda UMNO

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki hari ini menegaskan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali untuk tampil memberi penjelasan berhubung pembukaan sektor pengilangan elektrikal dan elektronik semasa lockdown.

Beliau dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya berkata, sektor pengilangan elektrikal dan elektronik merupakan antara punca penularan COVID-19 yang lebih banyak.

“Data dan Sains kata sektor perkilangan elektrikal dan elektronik juga penyumbang lebih 50% penyebaran COVID-19 tapi masih dibenarkan beroperasi,

“Takkan nak berkorban demi Rantaian Ekonomi Global? Menteri (Azmin) patut tampil jelaskan dan buat sidang media,” kata Asyraf di akaun Twitternya.

Dalam hantaran yang sama, Ketua Pemuda UMNO turut berkongsikan tangkap layar yang menyenarai senarai perkhidmatan perlu mengikut sektor.

Tangkap layar tersebut memaparkan 12 sektor pembuatan dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60% pekerja termasuk elektrikal dan elektronik.

Berdasarkan senarai yang dikongsikan, sektor elektrikal dan elektronik dibenarkan beroperasi atas kepentingan rantaian ekonomi global. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply