Home Pertahanan dan Keselamatan PGA bongkar sindiket lebur tembaga secara haram

PGA bongkar sindiket lebur tembaga secara haram

by Nurulhuda

KLUANG, 31 Mei – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam berjaya membongkar satu sindiket yang menjalankan aktiviti melebur tembaga secara haram dalam Operasi Benteng di Jalan PTD 1314 Kampung Ibrahim Majid, Simpang Renggam, semalam.

Pegawai Memerintah Batalion 5 PGA Simpang Renggam, Superintendan Dimin Awang berkata, operasi yang dijalankan itu turut berjaya menahan 8 warga asing yang terdiri daripada 4 lelaki warganegara China, 3 lelaki tempatan dan seorang warga Bangladesh yang berusia antara 24 hingga 66 tahun.

Dimim berkata, pihaknya merampas 6 guni berwarna putih berisi kepingan tembaga campuran, 24 palet berisi tembaga campuran, 41 guni berwarna putih berisi tembaga campuran dan 13 jongkong berisi tembaga anggaran setiap jongkong seberat 450 kilogram (kg).

“Turut dirampas, 67 guni berwarna putih berisi arang batu serta pelbagai peralatan antaranya 3 mesin generator, 6 mesin penyedut angin, mesin pengimpal dan alat penimbang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Damin, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM3.5 juta.

“Kesemua suspek dan barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Kluang untuk tindakan selanjutnya,

“Tangkapan dan rampasan ini telah berjaya melumpuhkan sindiket melebur tembaga secara salah di kawasan berkenaan,

“Kes disiasat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 6 Akta Barang Lusuh (ABL) 1946 dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen,” katanya.

Dalam masa yang sama, Damin turut menyeru kepada orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lamabakan barangan kontraban serta kemasukan pendatang asing tanpa izin dijalankan yang tidak diwartakan. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply