Home SemasaGlobal COVID-19: Doktor antara 4 individu diberkas curi 1,000 dos vaksin

COVID-19: Doktor antara 4 individu diberkas curi 1,000 dos vaksin

by Air Times News Network

JAKARTA, 27 Mei – Empat individu termasuk seorang doktor di Indonesia telah diberkas kerana disyaki mencuri vaksin COVID-19 serta menjualnya kepada orang awam, pada Selasa.

Pihak berkuasa Indonesia berkata, kesemua individu terbabit didakwa telah mengambil lebih dari 1,000 dos vaksin keluaran Sinovac China yang telah diperuntukkan bagi banduan.

Vaksin tersebut kemudian telah dijual kepada pembeli di Jakarta dan Medan dengan harga sekitar 250,000 rupiah (RM71.88) setiap satu.

Sementara itu, Jurucakap Polis Sumatera Utara, Hadi Wahyudi berkata, 4 individu yang diberkas itu termasuk seorang doktor di sebuah penjara di Medan dan seorang pegawai kesihatan tempatan.

“Mereka boleh dijatuhi hukuman bunuh jika sabit kesalahan di bawah undang-undang Anti-Rasuah Indonesia,

“Salah seorang daripada yang disyaki telah membawa vaksin ke Jakarta, di mana kami juga menemui pihak yang menyediakan khidmat bekalan vaksin ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dilaporkan agensi berita AFP.

Indonesia sedang menerima kesan yang teruk akibat pandemik COVID-19 ini dan sedang menjalankan kempen vaksinasi secara percuma untuk hampir 270 juta penduduknya.

Namun, masih ramai penduduk negara itu masih menanti untuk medapatkan suntikan vaksin dengan bekalan yang terhad dan diutamakan untuk petugas kesihatan dan barisan hadapan yang berisiko tinggi termasuk institusi penjara yang sesak. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply