SRI LANKA, 12 Mei – Doktor di India memberi amaran bahawa tiada bukti saintifik yang menunjukkan keberkesanan amalan menggunakan najis lembu yang dipercayai mampu menjadi penawar COVID-19.
Para doktor berkata, amalan ini boleh menyebabkan risiko penyebaran penyakit lain.
Reuters melaporkan, pandemik COVID-19 di India telah mencapai tahap kritrikal dengan 22.66 juta kes dan 246,116 kes kemataian dilaporkan setakat ini.
Pakar berkata jumlah sebenar mungkin 5 hingga 10 kali lebih tinggi daripada yang dilaporkan dan rakyat di seluruh India kini berjuang untuk mendapat rawatan di hospital, bekalan oksigen atau ubat-ubatan yang menyebabkan ramai yang mati kerana kekurangan rawatan.
Di Gujarat bahagian barat India, bebarapa individu dilaporkan pergi seminggu sekali untuk mendapatkan rawatan bagi melumur badan mereka dengan najis dan air kencing lembu dengan harapan ia akan meningkatkan imuniti badan mereka atau memulihkan daripada wabak COVID-19.
Para doktor dan saintis di India telah beberapa kali memberi amaran agar tidak menggunakan rawatan alternatif tersebut untuk COVID-19, dengan menyatakan bahawa mereka berkemungkinan berisiko menyebabkan komplikasi kesihatan lain.
Presiden Persatuan Kesihatan India, Dr. JA Jayalal memaklumkan tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan najis atau air kencing lembu mampu meningkatkan tahap imuniti seseorang terhadap virus COVID-19.
Beliau berkata, perkara ini adalah atas dasar kepercayaan oleh turun temurun oleh generasi sebelum ini.
“Malah amalan ini, mengundang risiko penularan penyakit lain daripada haiwan kepada manusia,
“Terdapat juga kebimbangan bahawa amalan ini dapat menyumbang kepada penularann virus COVID-19 kerana melibatkan orang ramai berkumpul secara berkumpulan,” katanya. – airtimes.my