Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut MV Mega Bakti TLDM tiba di lokasi pencarian KRI Naggala-402

MV Mega Bakti TLDM tiba di lokasi pencarian KRI Naggala-402

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Apr – Kapal penyelamat milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), MV Mega Bakti yang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal selam Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Laut (TNI-AL), KRI Nanggala-402 telah tiba di lokasi pencarian di Laut Bali, tadi.

Perkara itu dimaklumkan RMN Subforce menerusi ciapan di twitter rasminya.

“Mega Bakti tiba di lokasi bersedia hulur bantuan,

“Tim Operasi Carilamat TLDM tiba di lokasi pencarian 3 jam 45 minit lebih awal dari yang dijadualkan,

“Akan memulakan Operasi SAR sejurus taklimat OSC TNI-AL. Semoga dipermudahkan segala urusan,” kata ciapan itu.

Sebelum ini, MV Mega Bakti yang berlayar dari Jeti Operasi Markas Pemerintahan Kapal Selam, Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah pada 7 pagi pada 22 April 2021 dan dijangka akan tiba di lokasi SAR pada 25 April 2021 jam 3 petang.

Misi SAR yang diketuai oleh Komander Mohd Hairul Fahmy Yob TLDM selaku Coordinator Rescue Force (CRF) melibatkan 54 kru terdiri dari 7 pegawai dan anggota TLDM, 3 pegawai dan staf perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), serta 44 kru MV Mega Bakti. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply