Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eksesais Eagle Claw perkasa kepakaran dan kecekapan anggota 17 RAMD (Para)

Eksesais Eagle Claw perkasa kepakaran dan kecekapan anggota 17 RAMD (Para)

by Air Times News Network

PORT DICKSON, 25 Apr – Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (17 RAMD) (Para) telah melaksanakan Eksesais Eagle Claw siri 1/2021 bagi memperkasakan kepakaran dan kecekapan anggota dalam mengaturgerak Rapid Deployment Force yang bermula 18 hingga 25 April di kawasan am Port Dickson, Negeri Sembilan.

Markas 10 Briged (Para) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, seramai 4 pegawai dan 101 anggota lain-lain pangkat (LLP) telah terlibat dalam eksesais tersebut.

“Eksesais Eagle Claw merupakan salah satu latihan kecekapan (competency training) yang dirancang bagi meningkatkan kemahiran dan mengekalkan kepakaran anggota sebelum menghadapi Eksesais Para Predator yang bakal dilaksanakan pertengahan tahun ini,” katanya.

Pada masa sama, eksesais ini dilaksanakan dalam konteks Peperangan Konvensional (CW) yang dilaksanakan dalam fasa Pelaksanaan Kelas Teori dan Praktikal di sekitar kawasan Kem Terendak, Melaka merangkumi Pelaksanaan Latihan Kering Assault River Crossing dan Breakout Operation.

Manakala fasa kedua pula melibatkan latihan medan di kawasan am Port Dickson dan diakhiri dengan After Action Review (AAR) serta validasi latihan.

“Eksesais kali ini telah dirancang secara teliti dengan merangkumkan semua latihan kepakaran dalam melaksanakan Tactical Night Navigation, Assault River Crossing, Breakout Operation termasuk Aturgerak Senjata Bantuan Batalion,” ujarnya.

Galeri gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply