Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara TUDM terbangkan bayi perempuan 48 hari ke Kuala Lumpur

TUDM terbangkan bayi perempuan 48 hari ke Kuala Lumpur

by Air Times News Network

SUBANG, 16 Apr – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan penerbangan ihsan dengan membawa seorang bayi perempuan dari Kuala Terengganu ke Pangkalan Udara Subang yang memerlukan rawatan segera di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur, semalam.

TUDM dalam hantaran media sosial rasminya berkata, bayi perempuan, Kalilaturrahman Mohamad Hafiz berusia 48 hari, telah mengalami masalah jantung dan paru-paru yang sebelum ini mendapat rawatan di Hospital Sultanan Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

“Penerbangan membawa bayi berkenaan berlepas dari Kuala Terengganu pada jam 2.30 petang dan selamat tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 3.20 petang,

“Turut mengiringi ibu bayi berkenaan, Nofatihah Abd Wahab berserta pegawai perubatan, Dr. Mohamad Hakim Rashid dan dua orang jururawat,

“Penerbangan ihsan ini menggunakan pesawat angkut C130H dari No. 20 Skuadron, Pangkalan Udara Subang,” katanya.

Tambah TUDM, pesawat ini telah diterbangkan oleh Mejar Aiman Mohd Akbar TUDM dan dibantu oleh pembantu juruterbang, Kapten Raja Mohamad Fairul Shafiq Raja Mohamad Aznan TUDM dan Kapten Muhammad Nursaidi Mohd Dzali TUDM.

“Anak kapal lain turut terlibat adalah Jurutera Penerbangan, Mejar Mohd Azrin Zaihari TUDM; Jurumalim, Kapten Azizan Aziz TUDM dan Kuartermaster Udara serta kru teknikal pesawat,” ujarnya. airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply