Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Sultan Johor kurnia bot ‘Tornado’ bernilai RM1.2 juta kepada 21 GGK

Sultan Johor kurnia bot ‘Tornado’ bernilai RM1.2 juta kepada 21 GGK

by Air Times News Network

MERSING, 5 Apr – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan bot Rigid Inflatable Boat (RIB) Tornado kepada 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK), semalam.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pengurniaan bot tersebut bernilai RM1.2 juta dengan enjin berkapasiti 600 kuasa kuda itu adalah bertujuan untuk membantu 21 GGK dalam melaksanakan penugasan dan tanggungjawab mereka.

Majlis pengurniaan Bot Tornado kepada 21 GGK telah disempurnakan oleh baginda yang juga Kolonel Komandan Gerak Khas.

Penyerahan kunci bot berkenaan secara simbolik disempurnakan oleh Sultan Johor kepada Panglima 21 GGK, Mejar Jeneral Datuk Jamaluddin Jambi, di Skuadron Perahu Khas, Rejimen 22 Komando, Kem Iskandar, Mersing, semalam.

Sementara itu, Panglima 21 GGK berkata baginda Sultan sangat memahami keperluan pasukan GGK.

“Baginda amat menitikberatkan aset serta kelengkapan pasukan, dan juga sentiasa mengikuti perkembangan semasa GGK serta sentiasa berkenan meluangkan masa melawat Kem Iskandar,

“Patik mewakili pasukan GGK menjunjung setinggi-tinggi kasih DYMM Sultan Johor di atas pengurniaan bot ini, di mana ia merupakan aset penting dalam Rejimen 22 Komando dan juga satu keperluan,

“Dengan harga yang kompetitif, saya juga dapat memenuhkan pegangan perjawatan untuk Rejimen 22 Komando,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

Dalam pada itu, beliau berkata pengurniaan bot berkuasa tinggi itu juga dapat meringankan beban latihan pasukan GGK.

“Aset ini akan digunakan sebaik mungkin dalam gerakan dan juga latihan pasukan,” katanya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply