Home Pertahanan dan Keselamatan MMMC 2021 beri pendedahan kepada ATM pertingkat tahap kesiagaan dari aspek perubatan

MMMC 2021 beri pendedahan kepada ATM pertingkat tahap kesiagaan dari aspek perubatan

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=zmI3a1JJ7jk[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 5 Apr – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM berkata, persidangan Perubatan Ketenteraan Malaysia (MMMC 2021) beri pendedahan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertingkat tahap kesiagaan dari aspek perubatan.

Persidangan edisi ketiga kali ini dianjurkan oleh Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) yang bermula 5 hingga 6 April 2021 telah dirasmikan oleh Panglima Angkatan Tentera di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, hari ini.

Affendi dalam ucapannya berkata, kecergasan fizikal dan ketahanan mental telah diakui sebagai penentu kejayaan dalam sebuah operasi ketenteraan.

“Namun, sifat-sifat tersebut perlu ditanamkan lebih awal sebelum anggota tentera diaturgerakkan dan mesti diamalkan semasa atau selepas operasi. Manakala kesihatan mental juga perlu diberi penekanan,” katanya.

Beliau juga berkata persidangan ini merupakan satu peluang keemasan kepada pihak perubatan am untuk berkongsikan pengalaman dan kepakaran mereka kepada pihak tentera.

“Perkongsian sebegini secara langsung menjamin tahap kesiagaan ATM melalui tahap kesihatan anggotanya,

“Selain itu, budaya hidup sihat dapat membentuk gaya hidup seimbang dan kesejahteraan keluarga bagi petugas barisan hadapan,” ujarnya.

Affendi menambah, persidangan ini membuka ruang kepada ATM untuk mempertingkatkan tahap kesiagaan dari segi perubatan.

“Kesiagaan perubatan adalah bermatlamat untuk memastikan ATM menjadi satu ketumbukan tentera yang boleh diaturgerakkan ke mana sahaja pada bila-bila masa,

“Ini sekaligus menjadikan ATM sebagai satu pasukan yang sentiasa bersedia untuk melaksanakan misi baharu walaupun telah selesai menjalani sesuatu operasi,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Markas ATM dalam kenyataan berkata, objektif utama persidangan ini adalah untuk berkongsi maklumat terkini dari segi aspek klinikal dan bukan klinikal (pentadbiran dan logistik perubatan) di dalam bidang perubatan ketenteraan.

Tema persidangan tahun ini ‘Fitness, Wellness & Readiness: Winning the Battle for a Healthy and Ready Force’ yang menumpukan kepada kecergasan, kesejahteraan dan kesiagaan dalam pasukan tentera.

Menurutnya, persidangan dua tahun sekali ini juga merupakan platform membolehkan perbincangan dan penyampaian maklumat penyelidikan serta kemajuan teknologi perubatan.

“Polisi dan garis panduan terkini dari segi latihan serta pengoperasian ketenteraan akan dikongsikan dalam persidangan ini,

“Ia merangkumi aspek fizikal, mental dan kesejahteraan angkatan tentera serta ahli keluarga mereka,” katanya.

Dalam pada masa sama, aspek kecergasan fizikal, mental dan kesediaan secara sosial adalah penting dalam menghadapi latihan rejimental, pengoperasian dan penugasan ketenteraan.

“PKAT adalah merupakan sistem sokongan perubatan ATM, merangkumi tanggungjawab dalam proses saringan, mengurus, mempromosi kesihatan dan juga merawat penyakit serta kecederaan anggota tentera bagi memastikan kesiagaan terpelihara,

“MMMC 2021 membuka peluang bagi mengkaji konsep-konsep kecergasaan dan kesejahteraan terkini dalam dunia ketenteraan dengan berfokuskan kepada kapasiti keupayaan kesihatan fizikal serta mental berasaskan kepada kemajuan teknologi di dalam perubatan ketenteraan,” ujarnya.

Selain itu, persidangan ini juga adalah satu platfrom profesional bagi menyeliakan perbincangan dan pembentangan kemajuan penyelidikan dalam bidang perubatan am dan juga perubatan ketenteraan.  – airtimes.my

Gambar galeri:

Related Articles

Leave a Reply