Home Politik Mahkamah benarkan semakan kehakiman pendaftaran parti Pejuang

Mahkamah benarkan semakan kehakiman pendaftaran parti Pejuang

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 1 Apr – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini membenarkan permohonan Semakan Kehakiman Pendaftaran yang difailkan oleh Parti Pejuang Tanahair (Pejuang).

Setiausaha Agung (Penaja) Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah dalam satu kenyataan berkata, pihak mahkamah telah menetapkan tarikh pengurusan kes lanjut pada pertengahan April.

“Tarikh pendengaran kes akan ditetapkan oleh pihak mahkamah kelak,” jelas beliau.

Amiruddin turut menegaskan pihaknya akan meneruskan usaha untuk mendapatkan kelulusan melalui segala cara yang dibenarkan undang-undang demi prinsip perjuangan parti dan kesejahteraan tanah air.

Antara perintah yang dipohon adalah untuk mendapatkan deklarasi dan perintah untuk Menteri Dalam Negeri serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) memberi kelulusan pendaftaran Pejuang sebagai satu parti politik. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply