Home Pertahanan dan Keselamatan 50 PATI ditahan, 7 kenderaan termasuk bot dirampas dalam Op Benteng

50 PATI ditahan, 7 kenderaan termasuk bot dirampas dalam Op Benteng

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 1 Apr – Seramai 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Op Benteng dilaksanakan bagi mengawal sempadan negara yang membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi lain turut merampas 5 kenderaan darat serta 2 buah bot.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 124 buah bot atau kapal di perairan negara melalui 7 aktiviti penglihatan,

“Selain itu, seramai 11 orang PATI turut diusir melalui 3 aktiviti pengusiran,” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hari ini.

Sementara itu, Op Benteng melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 259 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam.

“Op Benteng PDRM, ATM dan RELA sebanyak 199 SJR, Op Benteng PDRM (51 SJR) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak 9 SJR,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Ismail Sabri berkata, pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM semalam telah menahan 2 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) dan kesemuanya dikompaun.

“Kesalahan yang direkodkan ialah 2 kes merentas negeri atau daerah tanpa kebenaran,” tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply