Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Op Benteng: Tentera Darat tahan 19 PATI Indonesia termasuk kanak-kanak di Sungai Buntu

Op Benteng: Tentera Darat tahan 19 PATI Indonesia termasuk kanak-kanak di Sungai Buntu

by Nurulhuda

KOTA TNGGI, 17 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menahan 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk kanak-kanak warga Indonesia di persisir pantai Sungai Buntu, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor, pada Rabu.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata,penahanan tersebut dibuat hasil pemantauan Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) yang telah mengesan

pergerakan bot mencurigakan dari arah Pulau Batam menuju ke Sungai Buntu.

“Tim Quick Reaction Force (QRF) telah diaturgerakkan untuk membuat pengepungan dan serbuan di kawasan Jeti Nelayan Sungai Rengit sehingga ke Pantai Sungai Buntu dengan dibantu oleh pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang membuat rondaan bagi mengelakkan PATI bolos di laluan laut,

“Pada 6.30 pagi, seramai 11 PATI yang baru mendarat di Pantai Sungai Buntu berjaya ditahan dan selebihnya telah melarikan diri. Pada 7.15 pagi, seramai 8 lagi PATI turut ditahan,” menurut kenyataan itu.

Kesemua 19 PATI yang ditahan terdiri daripada 12 lelaki, 6 wanita dan seorang kanak-kanak berusia sekitar 7 hingga 66 tahun warga Indonesia dipercayai cuba masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak sah.

Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM 22,856.95 melibatkan wang tunai Malaysia berjumlah RM 8,928.60 dan matawang Indonesia berjumlah IDR 13,275,700.00 (RM4,079.12), 20 buah telefon bimbit serta barangan kemas.

Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas. Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai.

Tambahnya, pasukan sedang meneruskan pencarian bagi mencari saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan. -airtimes.my

Gambar galeri:

 

Related Articles

Leave a Reply