Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat atur gerak aset hulur bantuan kemanusian di Tenom dan Beluran

Tentera Darat atur gerak aset hulur bantuan kemanusian di Tenom dan Beluran

by Nurulhuda

SABAH, 8 Feb – Anggota dari kompeni Angkut 71 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja (Komp Angkut 71 Bn KPD) telah melaksanakan pengagihan stok Bantuan Kemanusiaan (SBK) kepada mangsa banjir yang memerlukan di daerah Tenom dan Beluran, semalam.

Markas Lima Divisyen Infantri Malaysia (5 Div) dalam satu hantaran di akaun Facebook rasminya berkata, SBK tersebut adalah merupakan program bantuan Kementerian Pertahanan Prihatin Banjir 2020 yang telah disampaikan oleh Pengarah Kementerian Pertahanan Cawangan Sabah, Samsudin Lawa kepada Panglima 5 Div, Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid di Dewan Mini MINDEF, Kem Lok Kawi.

Mohd Halim berkata, antara barangan keperluan yang disalurkan aadalah seperti tilam lipat, tikar lipat, selimut, kain batik, kain pelikat, telling, baju sejuk kanak-kanak, hygiene kit dan peralatan dapur untuk diagihkan kepada mangsa yang terjejas banjir.

“Keperluan barangan sumbangan tersebut adalah peruntukkan tambahan yang telah diterima oleh Kementerian Pertahanan Malaysia Cawangan Sabah sebanyak RM108,450.00 dengan perolehan yang diterima untuk dua daerah ini adalah sejumlah RM48,000.00,

“Komp Angkut 71 Bn KPD sentiasa komited memberikan khidmat bantuan dengan menyediakan keperluan kenderaan 3 ton untuk pengangkutan bagi pengagihan SBK Kementerian Pertahanan Prihatin Banjir 2021 yang akan diagihkan ke daerah terbabit,” katanya.

Mohd Halim menambah, TDM sentiasa komited memberikan bantuan khidmat masyarakat dan menjalinkan hubungan kerjasama baik antara agensi awam dan kerajaan tempatan. – airtimes.my

Galeri Gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply