Home Semasa 3,680 kes baharu COVID-19, Johor catat angka harian tertinggi

3,680 kes baharu COVID-19, Johor catat angka harian tertinggi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 3,680 kes baharu COVID-19 direkodkan dengan 7 kematian, hari ini.

Beliau berkata, kes baharu itu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 194,114 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 42,389 kes.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,858 kes sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 151,018 kes.

“Terdapat 6 kes import yang melibat 4 warganegara dan 2 bukan warganegara,

“Bagi kes penularan dalam negara, sebanyak 2,384 kes adalah warganegara Malaysia dan 1,290 kes adalah bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada hari ini, Johor mencatatkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,069 kes.

“Daripada jumlah itu, 961 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat yang aktif dijalankan di lapangan,

“Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 822 kes, dan Kuala Lumpur sebanyak 698 kes,” ujarnya.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini terdapat 314 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 122 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, 7 kematian yang dilaporkan hari ini melibatkan warganegara dari Selangor (3), Perak (2), satu kes dari Sawarak dan Sabah.

Manakala, KKM juga mengenal pasti 17 kluster baharu COVID-19 hari ini masing-masing di Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Perak dan Sarawak.

“Kluster yang dilaporkan itu membabitkan 15 kluster berkaitan tempat kerja dan dua kluster komuniti,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply