Home Pertahanan dan Keselamatan Degil! 19 PATI ditahan ceroboh perairan negara

Degil! 19 PATI ditahan ceroboh perairan negara

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Seramai 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 8 buah kenderaan darat dirampas menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan diseluruh negeri semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan keselamatan juga telah melaksanakan sebanyak 114 sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara.

“Op Penawar oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebanyak 480 SJR, Op Benteng PDRM (47) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak 9 SJR,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, pasukan Task Force Operasi Pemantauan yang diketuai PDRM turut menahan 506 individu kerana melakukan kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Daripada jumlah tersebut seramai 473 telah dikenakan kompaun manakala 33 direman,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP ialah tidak memakai pelitup muka (112), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (84), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (77), tiada penjarakan fizikal (76), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (66) dan lain-lain (91).-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply