Home Semasa Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas dikenakan PKPD mulai esok

Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas dikenakan PKPD mulai esok

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Blok Tahanan dan Kuarters Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian, Johor bermula 23 Januari sehingga 5 Februari depan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata, pelaksanaan PKPD ini adalah untuk mengawal pergerakan masuk tahanan dari luar serta mengelakkan penularan jangkitan kepada staf, keluarga serta komuniti luar.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi COVID-19 di Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian, Johor,

“Sehingga 21 Januari 2021, KKM telah melaksanakan 360 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 177 kes positif COVID-19 telah direkodkan,

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, sidang khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Blok Tahanan dan Kuarters Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian, Johor bermula 23 Januari sehingga 5 Februari 2021,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan pelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada hari ini.

Pada masa yang sama, Ismail sabri turut memaklumkan seramai 660 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP, semalam

Daripada jumlah itu, 621 individu telah dikompaun manakala 39 lagi direman.

“Seramai 660 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 621 individu dikompaun manakala 39 lagi direman,

“Kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (228), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (121), tiada penjarakkan fizikal (96), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (54),premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (63) dan lain-lain (98),” ujarnya.  –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply