Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Semangat kerjasama berpasukan yang tinggi jadi kunci kejayaan bina jambatan – Air Times News Network
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Semangat kerjasama berpasukan yang tinggi jadi kunci kejayaan bina jambatan

Semangat kerjasama berpasukan yang tinggi jadi kunci kejayaan bina jambatan

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=D65Ld2CZjJA[/embedyt]

 

MARAN, 14 Jan – Kejayaan menyiapkan jambatan Compact Bailey 200 di Kampung Belimbing, Maran, Pahang dalam masa yang singkat telah membuktikan kecekapan kesemua warga 91 Rejimen Bantuan, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dengan bantuan anggota dari 2 Skuadron RAJD.

Penolong Ketua Operasi Pembinaan 91 RAJD, Staf Sarjan Hazly Azhar Abdul Kadir berkata, semangat kerjasama berpasukan yang tinggi menjadi kunci kejayaan dalam Operasi Murni (Op Murni) membina jambatan kali kedua ini di Kampung Belimbing turut dibantu oleh 20 anggota dari pasukan 2 Skuadron RAJD.

“Dekat sini kita dapat tengok cara bekerja berbeza antara 2 pasukan, tapi kita dapat satukan untuk misi utama iaitu membantu orang kampung dalam membina jambatan ini,

“Cuma yang saya nampak, kerjasama antara semua anggota sangat baik dalam masa bekerja,” katanya kepada Air Times selepas selesai pembinaan jambatan Compact Bailey 200, pada Rabu.

Tambahnya, kerjasama ini juga datang dari pelbagai kor yang berada di dalam pasukan 91 RAJD seperti Kor Ordanans Diraja (KOD).

“Dalam menyiapkan jambatan ini, saya berasa sangat bangga dengan kerjasama dan semangat yang baik dari kesemua anggota yang berkerja dengan gembira serta tiada tekanan,

“Keutamaan bagi saya adalah, kesemua anggota semasa berkerja mestilah menjaga keselamatan diri masing-masing,” tegasnya.

Dalam pada itu, anggota 2 Skn RAJD, Lans Koperal Jamil Abdullah berkata sangat teruja dapat membantu dan bekerjasama dengan 91 RAJD dalam menyiapkan jambatan ini.

“Walaupun saya dari unit lain, saya berasa sangat teruja dan bersemangat kerana dapat berkongsi ilmu serta pengalaman dalam beri kerjasama antara 2 pasukan untuk membina jambatan ini,” ujarnya.

Pembinaan jambatan ini oleh 91 RAJD di Kampung Belimbing, Maran merupakan kali kedua sepanjang 33 meter dengan 11 bay, selepas yang pertama di Kampung Lechar, Raub dengan kepanjangannya 24 meter dengan 8 bay.

Proses pembinaan jambatan ini telah mula dilaksanakan sejak 12 Januari lalu bagi menghubungkan semula 13 lokasi terjejas iaitu Kampung Serengkam, Sri Makmur dan Sri Jaya akibat jambatan runtuh disebabkan hakisan tanah semasa bencana banjir.

Pembinaan jambatan ini melibatkan seramai kira-kira 115 pegawai dan anggota TDM yang diketuai oleh Pegawai Memerintah 91 RAJD, Kolonel Muhammad Zamri Musa. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?