Home Pertahanan dan Keselamatan TLDM terima kapal LMS kedua dari China

TLDM terima kapal LMS kedua dari China

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini menerima kapal kedua Littoral Mission Ship (LMS).

Pihak Markas Tentera Laut dalam satu siaran media berkata, penyerahan kapal LMS kedua yang dikenali sebagai SUNDANG itu dilaksanakan di Shanghai, China.

“SUNDANG telah berjaya melepasi beberapa siri Ujian Penerimaan di Pelabuhan dan Ujian Penerimaan di Laut sebelum ianya diserahkan kepada Kerajaan

“Kapal ini dijadualkan belayar pulang ke Malaysia pada minggu ketiga Januari 2021,” kata kenyataan itu.

Menurut TLDM, SUNDANG akan ditauliahkan di Kota Kinabalu dalam satu Upacara Pentauliahan yang bakal disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany.

Majlis Menandatangani Sijil Penyerahan Fizikal LMS SUNDANG antara pihak Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan pihak Wuchuang Shipbuilding industry Co. Ltd

LMS merupakan sebahagian daripada perolehan TLDM yang dilaksanakan di bawah perancangan 15-to-5. Walaupun perancangan asal memerlukan 18 buah kapal LMS, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk membeli 4 buah kapal pada tahun 2018.

Perolehan LMS ini juga merupakan perolehan aset pertahanan utama yang pertama dari China.

Malaysia akan menerima 2 buah lagi kapal LMS pada September dan November tahun ini. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply