Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera hantar bot, trak agih makanan mangsa banjir di Kudat

Tentera hantar bot, trak agih makanan mangsa banjir di Kudat

by M.Daim

KUDAT, 15 Jan – Anggota tentera dari Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja (3RAMD) telah melaksanakan pengagihan bantuan makanan kepada mangsa banjir di Matunggong, Kudat.

Pihak Angkatan Tentera Malaysia dalam satu hantaran di akaun Facebook rasminya berkata, pasukan tersebut tersebut telah dihantar sejurus menerima maklumat penduduk kampung Tomboluran Ondou terputus hubungan kerana jalan utama dinaiki air.

“Penugasan secara kolaborasi bersama bantuan agensi awam ini turut disertai oleh Pasukan Penyelamat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di bawah inisiatif Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kudat,

“Sebanyak 2 buah trak 3 ton bersama sebuah bot tempur milik pasukan telah diaturgerak ke kawasan terjejas,” katanya.

Menurut hantaran tersebut, penugasan tersebut melibatkan 2 seksyen dari 3RAMD.

Bekalan makanan turut dihantar ke Majlis Daerah Kecil Matunggong dan Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Tun Haji Datu Mustapha.

Pihak Majlis Daerah Kecil Matunggong akan mengagihkan 40 bakul makanan kepada penduduk di kawasan sekitar termasuk Kampung Limpazau dan Pekan Sikuati. -airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply