Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Op Penawar: Tentera Darat kepung 15 kawasan di Kudat

Op Penawar: Tentera Darat kepung 15 kawasan di Kudat

by Azura Daril

SABAH, 1 Jan – Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) telah membantu Agensi Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam pemasangan 190 gulung kawat berduri di 15 lokasi iaitu 9 di Kampung Panginatan dan 6 lokasi di Maringkan, Kudat.

Pemasangan tersebut telah mengambil masa selama 2 hari bermula dari 30 Disember 2020 yang lalu.

Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) di laman sosialnya berkata, seramai 4 pegawai dan 45 anggota lain-lain pangkat (LLP) daripada Rejimen 507 Askar Wataniah (AW) telah terlibat dalam pemasangan concertina wire dan diketuai oleh Kapten Hafizil Ridzuan.

“Perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 29 Disember 2020 hingga 11 Januari 2021 ini adalah susulan daripada peningkatan kes positif COVID-19 yang telah dicatatkan di daerah ini,

“Ianya sebagai kawalan ke atas kawasan jangkitan yang melibatkan seramai 865 orang penduduk setempat,

“Selain itu, pengasingan lokaliti ini juga merupakan salah satu langkah bagi memutuskan penularan rantaian COVID-19,” jelasnya.

Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau (IPD Ranau) dan Rej 507 AW akan melaksanakan pemantauan berkala secara berterusan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sehingga 11 Januari 2021.

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 529 ujian saringan dan sebanyak 89 kes positif COVID-19 telah direkodkan di kedua-dua lokaliti ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply