Home Semasa COVID-19: 2,068 kes baharu pada hari pertama tahun 2021

COVID-19: 2,068 kes baharu pada hari pertama tahun 2021

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Sebanyak 2,068 kes baharu COVID-19 telah dilaporkan pada hari pertama tahun baharu 2021, sekaligus mencatatkan kes kumulatif wabak berkenaan di dalam negara meningkat kepada 115,078 kes pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, darpada kes baharu berkenaan, terdapat 2 kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,066 kes.

Beliau berkata, Selangor masih mencatatkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 776 kes.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 425 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 457 kes dan Sabah sebanyak 254 kes,

“Sebanyak 18 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (13 kes), Kluster Tembok Gajah (4 kes) dan Kluster Pagar Siput (1 kes),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham turut menjelaskan, terdapat pertambahan 3 kes kematian pada Jumaat, sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 474 kes.

“Kes kematian melibatkan 2 orang pesakit lelaki dan seorang pesakit wanita yang masing-masing mempunyai latar belakang penyakit kronik,” tambahnya.

Sementara itu, sehingga hari ini, terdapat 126 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 54 kes memerlukan bantuan pernafasan,

“Sebanyak 2,230 kes telah disahkan COVID-19 pulih pada Jumaat, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 91,171 kes,”ujarnya.

Selain itu, terdapat 3 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini. Ia melibatkan negeri Pulau Pinang, Johor dan Selangor. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply