Home Semasa Kawalan sempadan diperketat, 31 PATI dicekup dalam Op Benteng

Kawalan sempadan diperketat, 31 PATI dicekup dalam Op Benteng

by Jassmadi Jakariya

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Seramai 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan oleh pasukan keselamatan secara bersepadu bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi bersepadu yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) turut berjaya merampas 5 kenderaan darat.

Selain itu, pasukan keselamatan juga melaksanakan sebanyak 110 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam melibatkan Op PENAWAR gabungan ATM, PDRM dan RELA (41 SJR), Op Benteng PDRM (60 SJR) dan Op Benteng AKSEM (9 SJR).

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutama di lorong tikus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain itu, pasukan Task Force Operasi Pemantauan yang diketuai PDRM turut menahan 347 individu kerana melakukan kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Daripada jumlah itu, seramai 337 individu telah dikompaun, manakala 10 lagi direman,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP iaitu gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (49), tidak memakai pelitup muka (109), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (54), dan aktiviti pusat hiburan (135),” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply