Home Semasa Helikopter terhempas, 2 cedera

Helikopter terhempas, 2 cedera

by Nurulhuda

KLANG, 1 Jan – Dua orang lelaki cedera apabila helikopter persendirian jenis Turbine Robinson R66 yang dinaiki terhempas di Jalan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pelabuhan Barat, pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata, helikopter ringan 2 tempat duduk itu dipercayai terhempas ketika cuba melakukan pendaratan cemas di sebuah kawasan lapang di Jalan PKFZ, Pulau Indah.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan Khairudin Dahlan, 72 yang merupakan juruterbang cedera di tangan kiri manakala rakannya, Moithu Kutti Mohamad, 52, mengalami luka kecil.

Tambahnya, kedua-dua mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut selepas diberikan rawatan oleh pihak Ambulans Pelabuhan Barat.

“Seramai 7 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 10 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian 22 minit kemudian,

“Siasatan awal, kedua-dua mangsa yang menaiki helikopter jenis R66 TURBINE telah mendarat cemas dan terhempas di kawasan lapang,

“Tiada kebakaran berlaku dengan mangsa hanya mengalami cedera ringan. Punca kemalangan masih lagi dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply