Home Politik Veteran ATM mahu benam karier politik Anwar di PD

Veteran ATM mahu benam karier politik Anwar di PD

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Kumpulan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menganding bahu bersama pelbagai persatuan bekas tentera, jentera gabungan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi mempastikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkubur dari arena politik tanah air.

Presiden Sekretariat KERABAT Kebangsaan, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata selepas Anwar menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dan menjadi Ahli Parlimen Port Dickson, beliau langsung tidak memperjuangkan nasib veteran ATM di Parlimen.

“Kumpulan veteran yang menyokong beliau di Port Dickson (PD) telah ditaburkan janji luar biasa kononnya jika beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen PD,

“Hakikatnya janji hanya tinggal janji. Veteran kempunan dan terus terpinggir,” katanya yang dipetik oleh Harakah Daily, semalam.

Menurutnya, beliau menyokong dengan kenyataan dari Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan bahawa Anwar hanya lunak dalam berjanji palsu sahaja.

“Kepada pimpinan Ahli Parlimen (MP) terutama yang pernah bersahabat rapat dengan Anwar sepatutnya sudah disedarkan lama dengan kerenah otai politik putar alam ini,” katanya lagi.

Mohd Nazari berkata Anwar pernah berjanji untuk memperjuangkan nasib veteran ATM.

“Suara Anwar dalam memperjuangkan untung nasib veteran langsung tidak kedengaran di Parlimen apa lagi menggubal dasar memperkasakan kebajikan veteran dan ATM,

“Tokoh yang lebih ke arah mengajar cita-cita peribadi disyorkan bersara dari arena politik,” tegasnya.

Dalam pada itu, Mohd Nazari juga berkata, Anwar sebelum ini mencanang dan berjanji bahawa PD  bakal menjadi Bandaraya Veteran.

Namun langsung tidak berubah sejak Anwar menjadi Ahli Parlimen PD.

“Saya mencabar Anwar akan kekal bertanding di Parlimen Port Dickson agar pengundi di PD yang majoritinya B40, nelayan, orang kampung, pesara veteran dan anggota ATM boleh menghukum beliau,

“Kami levelkan sebagai tokoh yang telah mungkir janji serta membazirkan wang rakyat kerana PRK Port Dickson lalu menggunakan dana kerajaan dan pendukung beliau telah menggunakan pelbagai aset kerajaan dalam kempen PRK PD,” jelasnya lagi. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply