Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: RM199juta dirampas, 10,859 tangkapan

Op Benteng: RM199juta dirampas, 10,859 tangkapan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Pihak National Task Force (NTF) mengumumkan sejumlah barangan bernilai RM199juta dirampas dan 10,859 tangkapan dibuat semenjak Op Benteng dilancarkan Mei lalu.

NTF dalam satu kenyataan berkata, tangkapan melibatkan 831 tekong, 9,654 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) dan 374 penyeludup.

“Angka adalah berdasarkan statistik yang dikumpulkan dari Mei hingga 13 Disember 2020,” katanya.

Menurut NTF, kejayaan ini adalah bukti keupayaan dan kecemerlangan yang dibuahkan dari kerjasama 19 agensi.

“Ianya juga membuktikan kesepaduan komponen, darat, laut dan udara,” jelasnya lagi.

Semalam, satu Majlis Menandatangani Prosedur Tetap (PTO) Op Benteng telah diadakan di Wisma Perkasa.

Majlis ini disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“PTO dijadikan sebagai panduan dan rujukan tatacara serta prosedur Op Benteng sehingga ke peringkat taktikal,

“Ini bagi memastikan keberhasilan impak yang positif terhadap pelaksanaan operasi dalam komponen darat, laut dan udara di bawah NTF,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, pemeteraian PTO ini sekaligus menjadi satu tanda aras kepada usaha bersama antara agensi yang diselaraskan dalam komponen Op Benteng.

Pembentukan prosedur tetap ini juga selaras dengan perkembangan semasa kes-kes pencerobohan yang saling berkait dengan jenayah rentas sempadan.

“PTO adalah pelengkap kepada NTF untuk menggariskan hala tuju kewujudannya,

“Ini dibuktikan dengan kejayaan pasukan-pasukan petugas menjejak tekong dan tali barut serta berjayah mencegah jenayah rentas sempadan lain,” jelasnya.

Sebanyak 19 agensi kini bernaung di bawah NTF antara Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen dan lain-lain. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply