Home Semasa PKPD Asrama Top Glove, Pusat Tahanan Sibuga tamat

PKPD Asrama Top Glove, Pusat Tahanan Sibuga tamat

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Top Glove, Klang dan Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga, Sandakan telah tamat.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, penamatan PKPD di dua lokasi ini dibuat berdasarkan nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

PKPD Asrama Top Glove bermula pada 17 November lalu melibatkan asrama lelaki di Jalan Abadi 1A/KU8 serta asrama wanita di di Jalan Abadi 1A/KU8 serta di Jalan Abadi 10A/KU8.

Menurut Ismail Sabri, PKPD ditamatkan selepas terdapat trend penurunan kes positif dan tiada sampel saringan menunggu keputusan.

“Sehingga kini, daripada 28 kilang yang telah ditutup, 14 kilang telah dibenarkan beroperasi semula selepas semua pekerja disaring dan kilang telah disanitasi,” ujarnya.

Beliau menambah baki 14 kilang lagi akan dibuka secara berperingkat.

Selain itu, Ismail Sabri menegaskan pihak pengurusan Top Glove diarahkan untuk mematuhi arahan berkaitan pengurusan wabak COVID-19.

Sehingga kini, sebanyak 5.805 saringan dijalankan di kawasan tersebut dengan 4,305 penghuni disahkan positif.

“Semua kes negatif juga telah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) selama 2 kali tempoh inkubasi COVID-19,” jelasnya.

Sementara itu, PKPD di PTS Sibuga diisytiharkan tamat pada hari dan akan beroperasi seperti biasa mulai 15 Disember. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply