Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Projek Jiwa Murni: Tentera Darat, TNB bina rumah veteran di Perak

Projek Jiwa Murni: Tentera Darat, TNB bina rumah veteran di Perak

by Air Times News Network

PERAK, 20 Nov – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah melaksanakan satu Program Jiwa Murni (PJM) dengan membantu membina rumah veteran tentera di Kampung Rambong, Gelok, Lenggong, semalam.

Program di bawah naungan Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (MK 4 Div) itu melibatkan
Skuadron Kedua Rejimen Askar Jurutera Diraja (2 Skn RAJD) dan dijangkakan siap pada 30 Dis 2020.

Seramai seorang pegawai dan 12 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) akan terlibat dalam program ini.

“Projek pembinaan rumah ini adalah milik seorang veteran tentera iaitu Zulkubli Shikh Othman yang telah terjejas setelah kediamannya hangus terbakar akibat litar pintas pada bulan Julai yang lalu,

“Ia merupakan kolaborasi bersama TDM dan Tenaga Nasional Berhad (TNB),

“Kos keseluruhan pembinaan telah disumbangkan oleh pihak TNB sebanyak RM56,080.00,” jelas Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM) dalam hantaran di laman sosialnya.

Majlis Pecah Tanah projek tersebut telah dirasmikan oleh Panglima 4 Div, Mejar Jenaral Datuk Ya’cob Samiran.

Turut hadir, Panglima 2 Briged, Brig Jen Mohd Azmurin Mat Khalib dan Pemangku Pegawai Memerintah 70 Rejimen Pakar Jana Elektrik RAJD (AW), Mej Datuk Ir Hussaini Husin. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply