Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan bot tunda, 2 kru Indonesia di Miri

APMM tahan bot tunda, 2 kru Indonesia di Miri

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Miri menahan sebuah bot tunda bersama 2 kru termasuk nakhoda di jarak 1.8 batu nautika dari muara Sungai Miri, kelmarin.

Pengarah APMM  Miri, Kepten Maritim Md. Fauzi Othman berkata, bot tersebut berjaya ditahan setelah gagal mempamerkan lesen bot ketika diperiksa oleh anggota Maritim yang sedang membuat rondaan Operasi Permai dan Operasi Benteng.

“Mereka telah gagal mempamerkan lesen bot ketika diperiksa. Nahkoda pemegang pasport antarabangsa Indonesia yang telah tamat tempoh, manakala kru yang juga warga Indonesia disyaki melakukan kesalahan melanggar syarat pas yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia,

“Nahkoda dan kru warga Indonesia yang ditahan itu berumur 31 dan 50 tahun, beserta bot diiring masuk ke Jeti PTV Zon Maritim Miri untuk siasatan lanjut

“Kes akan disiasat di bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Imigresen 1959/1963,” katanya dalam hantaran media sosial milik APMM.

Kesemua yang ditahan telah menjalani ujian saringan COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai langkah berjaga-jaga setiba di jeti. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply