Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Hospital Medan ATM Tawau dilanjutkan 6 bulan lagi

Hospital Medan ATM Tawau dilanjutkan 6 bulan lagi

by Nurulhuda

TAWAU, 12 Nov – Pengoperasian Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Tawau dijangka dilanjutkan sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan lagi bagi menyokong Hospital Tawau dalam menangani kes-kes COVID-19.

Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div), Mejar Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, pertambahan itu adalah berdasarkan trend semasa peningkatan jangkitan wabak COVID-19 di Sabah dan daerah ini khasnya.

Menurutnya, walaupun pada peringkat awal perancangan penubuhan hospital itu hanya untuk 3 bulan namun ia dijangka terus berlarutan.

“Kita menjangkakan operasi perkhidmatan di sini akan berlarutan sekurang-kurangnya untuk 6 bulan akan datang.

“Hospital Medan Tawau ketika ini menumpukan peningkatan keupayaan kepakaran serta fasiliti agar menjadi satu hospital yang lebih lengkap,” katanya semasa lawatan ke Hospital Medan ATM di Tawau, semalam.

Beliau berkata, sehingga kini Hospital Medan ATM di Tawau yang digerakkan secara bersama oleh petugas kesihatan ATM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telahpun memberikan perkhidmatan kepada 413 orang pesakit dengan kadar purata pesakit harian adalah sebanyak 35 hingga 45 peratus,

“Selain daripada itu, Tim Pembedahan dan Anestesia Hospital Medan ATM juga telah diaturgerak ke Hospital Kunak bagi menjalankan sebanyak 5 hingga 6 kes seminggu melibatkan pembedahan kes-kes kanser selain kes-kes kecemasan,” ujarnya.

Hospital medan yang beroperasi pada 20 Oktober 2020 merupakan kesinambungan daripada Operasi Penawar (Op Penawar) bagi ATM membantu agensi awam dan pihak kerajaan dalam menangani penularan pandemik COVID-19 yang semakin meningkat.

Ianya dilengkapi dengan kemudahan wad pesakit dalam berbagai disiplin seperti pembedahan, ortopedik, perubatan, wad kanser serta wad kanak-kanak dan wanita serta disokong dengan kemudahan makmal, x-ray dan farmasi. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply