Home Pertahanan dan Keselamatan APMM Perak halau penceroboh perairan negara

APMM Perak halau penceroboh perairan negara

by Air Times News Network

LUMUT, 12 Nov – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak telah melakukan pengusiran 2 bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara di barat laut Pulau Jarak, semalam.

Pengarah APMM Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, 2 bot tersebut telah dikesan oleh Kapal Maritim (KM) Rawa yang sedang melaksanakan rondaan di sekitar perairan Negeri Perak dalam Operasi Benteng (Op Benteng) di kawasan berkenaan.

“Hasil rondaan mendapati, sebuah bot pukat jerut yang telah memasuki sempadan negara itu dikendalikan 20 kru termasuk tekong,

“Dan sebuah bot peranti bersama 5 kru yang sedang melakukan aktiviti penagkapan ikan. Kesemua kru dan tekong merupakan warga Indonesia,” katanya dalam hantaran di laman sosial milik APMM.

Menurutnya lagi, KM Rawa telah memberi amaran kepada 2 bot nelayan tersebut supaya memberhentikan segala aktiviti penagkapan ikan dengan kadar segera.

“Kedua-dua bot tersebut telah di usir oleh KM Rawa yang turut di bantu oleh pesawat udara Maritime AW139 secara membayangi sehingga ke sempadan perairan Malaysia dan Indonesia,

“Ini adalah bot nelayan Indonesia yang kelima dan keenam menceroboh perairan Perak dan diusir keluar sejak 31 Oktober 2020,

“Pengusiran terhadap nelayan asing ini merupakan tindakan semasa dalam mencegah dan mengekang penularan COVID-19 khususnya melalui kes import yang dibawa oleh warga asing,” jelasnya

Beliau menambah, APMM akan terus komited dalam meningkatkan pemantauan sempadan perairan negara khususnya melalui Op Benteng Laut yang bertujuan untuk mengekang kemasukan PATI ke negara ini.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply