Home Semasa PKPB di Labuan mulai 17 Oktober ini

PKPB di Labuan mulai 17 Oktober ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Labuan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari bermula 17 hingga 30 Oktober depan ekoran peningkatan kes positif COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yakoob menjelaskan semua sektor berkaitan ekonomi termasuk industri dan perkilangan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan PKPB di wilayah itu.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APMM), Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA.

“Pergerakan keluar masuk merentas negeri adalah tidak dibenarkan kecuali bagi kes kecemasan, manakala pengurusan jenazah di luar daerah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak polis,

“Hanya pekerja yang mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan dibenarkan untuk tujuan bekerja dan menjalankan tugas,” jelas Ismail Sabri dalam sidang media khas yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Kementerian Pertahanan, hari ini.

Katanya,individu yang ingin menggunakan pergerakan udara melalui Lapangan Terbang Labuan pula, perlu mendapatkan kebenaran PDRM terlebih dahulu.

Perkhidmatan pengangkutan air, feri ekspres dan bot laju dibenarkan beroperasi sehingga jam 6 petang sahaja.

“Aktiviti kapal NCS (kumpit) ke Labuan bagi tujuan barter trade adalah tidak dibenarkan,

“Perkhidmatan pengangkutan teksi air dan penambang dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja,

“Pergerakan bagi Sign On/ Sign Off industri perkapalan serta minyak dan gas dibenarkan beroperasi mengikut Peraturan dan SOP semasa yang sedang berkuatkuasa,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri turut menjelaskan mesyuarat hari ini bersetuju membenarkan azan, mendirikan solat 5 waktu dan solat Jumaat dilaksanakan bagi mengimarahkan masjid.

Namun, jumlah jemaah bagi solat jemaah dan solat Jumaat akan dibawa kepada Jabatan Agama Islam Wilayah persekutuan (JAWI) untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk mendapat perkenan.

“Bagi rumah ibadat bukan Islam dibenarkan seramai 6 orang sahaja,

“Semua aktiviti hiburan dan budaya tidak dibenarkan, manakala aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikan dan dijalankan secara individu serta tidak lebih dari 10 orang dibenarkan,” ujarnya.

Sehingga semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan, seramai 86 individu telah dikesan positif COVID-19 dan 2 kluster masih aktif di Labuan. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?