Home Semasa 12,877 PATI ditahan di Sabah sejak Januari lalu

12,877 PATI ditahan di Sabah sejak Januari lalu

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Seramai 12,877 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di Sabah dan 5,204 masih berada di pusat tahanan sejak 1 Januari hingga semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 4,456 PATI adalah dari Filipina, 618 Indonesia dan lain-lain negara seramai 130 individu.

“Sehingga kini, seramai 7,673 PATI telah dihantar pulang,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung dalam laman sosial Kementerian Pertahanan, hari ini.

Beliau turut menjelaskan, seramai 3,493 anggota pasukan keselamatan, 10 buah kapal serta 54 bot pemintas berkawal dalam satu-satu masa sepanjang pelaksanaan Operasi Benteng (Op Benteng).

“Ia juga turut melibatkan 68 sekatan jalan raya (SJR) yang merangkumi 11 ATM dan 57 dari PDRM,” tambahnya.

Terdahulu, Ismail Sabri mengesahkan, seramai 37 PATI telah ditahan dan 2 kenderaan darat dirampas dalam Op Benteng yang dilaksanakan semalam.

“Sebanyak 282 Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng juga dilaksanakan semalam melibatkan PDRM (204 SJR), ATM (68 SJR) dan AKSEM (10 SJR),

Operasi bersepadu yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) adalah bagi mengawal ketat sempadan negara dari dibolosi PATI serta mengekang jenayah rentas sempadan selain mengekang penularan wabak COVID-19. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply