Home Semasa PKPB di seluruh Sabah mulai tengah malam ini hingga 26 Oktober

PKPB di seluruh Sabah mulai tengah malam ini hingga 26 Oktober

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dikenakan di seluruh Sabah bermula tengah malam ini sehingga 26 Oktober nanti.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mendengar pembentangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), wakil kerajaan Sabah dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah berhubung peningkatan kes positif di negeri itu.

Beliau berkata, sebelum ini hanya beberapa daerah yang dikenakan PKPB seperti di Tawau, Kunak, Putatan, Semporna dan beberapa kawasan di Kota Kinabalu.

“Hari ini sidang khas MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mendengar pengesahan KKM berhubung peningkatan kes positif di Sabah,

“Selain itu kawalan rentas daerah telah dilaksana sejak 3 Oktober lalu, di mana setiap individu tidak dibenarkan rentas daerah hanya kakitangan kerajaan dan pekerja yang mempunyai kad pekerja yang dibenarkan,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung melalui laman sosial Kementerian Pertahanan, hari ini.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) turut akan dilaksanakan di Felda Umas di Tawau, Sabah bermula tengah malam ini sehingga 26 Oktober depan,

“PKPD ini akan melibatkan 800 buah rumah dengan seramai 17,549 penduduk di kawasan tersebut,

“Semua penduduk dinasihatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,

“Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pihak Berkuasa Tempatan dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat,” tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply