Home Politik BN tetap sokong Muhyiddin, tolak Anwar, DAP dan Tun M

BN tetap sokong Muhyiddin, tolak Anwar, DAP dan Tun M

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Setiausaha Agung Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa menegaskan, Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasioanal (PN) akan tetap menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Setiausaha Agung BN berkata, MN telah mengariskan 10 dasar dan selagi tiada perubahan, gabungan itu akan meneruskannya walaupun berdepan kesukaran.

Menurutnya, antara dasar utama parti itu ialah mengulangi komitmen bahawa BN menyertai PN secara bersama (en bloc) dan mengekalkan pendirian menolak DAP, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“MN dan BN memutuskan menjemput Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyertai MN dan Bersatu bersetuju,

“Selain itu, BN, PAS dan Bersatu perlu bermuafakat bagi mengelakkan persaingan 3 penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” kata Annuar dalam hantaran di laman sosial miliknya.

Tambahnya, ketiga-tiga parti itu juga membentuk jawatankuasa dari setiap parti untuk rundingan kerusi dan rundingan sudah pun berjalan.

“Dasar lain ialah BN perlu bertanding atas logo sendiri, bersetuju membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan setiausaha setiap parti diarah sentiasa berhubung dan bekerjasama antara mereka, parti komponen serta parti sahabat,

“Manakala dasar terakhir ialah sentiasa mengadakan mesyuarat jawatankuasa khususnya dari aspek teknikal dan Annuar menegaskan serta memutuskan dasar itu tidak mudah namun melaksanakannya mungkin lebih sukar,” katanya. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply