Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara ‘Born in Hard Times’ abadikan perjuangan veteran TUDM

‘Born in Hard Times’ abadikan perjuangan veteran TUDM

by M.Daim

SUBANG, 6 Okt – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad TUDM telah merasmikan pelancaran buku ‘Born in Hard Times” di Pangkalan Udara Subang, semalam.

Buku yang dihasilkan dari cetusan idea Mejar Jeneral (Bersara) Datuk Muslim Ayob TUDM selaku Ketua Editor ini menghimpunkan koleksi penulisan daripada 34 orang penulis.

Barisan penulis adalah terdiri daripada pegawai-pegawai yang telah berkhidmat semasa awal penubuhan TUDM bermula 1958 hingga 1999.

Panglima Tentera Udara dalam ucapan perasmian berkata, karya yang berdasarkan rentetan sejarah dan pengalaman sebenar yang memberi inspirasi kepada warga TUDM khususnya untuk terus melakar kejayaan.

Menurutnya, buku tersebut akan menjadi pemangkin kepada anggota TUDM sama ada yang masih berkhidmat atau yang telah bersara untuk terus menulis serta memahat segala memori dan kenangan sebagai satu lipatan sejarah yang boleh dikongsi bersama.

Turut hadir ke majlis ini ialah Jeneral (B) Tan Sri Rodzali Daud, Presiden Persatuan Veteran TUDM, pegawai kanan TUDM dan para veteran TUDM. – airtimes.my

Galeri gambar:

 

 

Related Articles

Leave a Reply