Home SemasaGlobal 1 daripada 10 orang telah dijangkiti COVID-19 – WHO

1 daripada 10 orang telah dijangkiti COVID-19 – WHO

by M.Daim

GENEVA, 6 Okt – Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyuarakan amaran bahawa masyarakat global sedang menghadapi masa yang sukar ketika berhadapan dengan wabak COVID-19.

Ketua Pengarah Eksekutif Kecemasan WHO, Dr Mike Ryan berkata, wabak COVID-19 dilihat sedang naik mendadak di rantau Asia Tenggara sementara benua Eropah serta kawasan timur Mediterranean menyaksikan peningkatan angka kematian.

“Jangkaan kita adalah 10% daripada populasi dunia telah dijangkiti oleh COVID-19. Tanpa mengambil kira kawasan dan negara, angka ini menunjukkan dunia sedang menghadapi ancaman yang serius,

“Pada ketika ini, dunia sedang menghadapi masa yang sukar kerana wabak itu terus merebak,” katanya semasa Sidang Khas Panel Eksekutif WHO, semalam.

Pada masa yang sama, pihak WHO telah menghantar senarai golongan pakar yang akan terlibat dalam misi antarabangsa bagi menyiasat punca sebenar wabak COVID kepada pihak berkuasa China. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply