Home Semasa Perdana Menteri, Menteri Kabinet jalani kuarantin COVID-19

Perdana Menteri, Menteri Kabinet jalani kuarantin COVID-19

by M.Daim

PUTRAJAYA, 5 Okt – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassing mengesahkan beliau sedang menjalani kuarantin kendiri selepas Menteri Agama disahkan menghidap wabak COVID-19.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, Menteri Agama telah menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 3 Oktober yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan ujian saringan pengesanan COVID-19 ke atas semua ahli dan urusetia mesyuarat,

“Mereka yang dikenalpasti sebagai kontak rapat semasa mesyuarat diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah selama 14 hari mulai 3 Oktober,” kata Muhyiddin.

Beliau menambah, kontak rapat semasa majlis tersebut turut dipakaikan gelang pengawasan.

Sementara itu, Muhyiddin menjelaskan ahli mesyuarat yang bukan kontak rapat pula dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari sehingga 16 Oktober ini.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri menegaskan urusan kerajaan masih berjalan seperti biasa.

“Saya akan terus berkerja dari rumah dan menggunakan sidang video bagi mesyuarat yang perlu dipengerusikan,” ujarnya.

Pada 3 Oktober lalu, Muhyiddin telah mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara berkenaan COVID-19 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba serta menteri-menteri berkaitan.  – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply