Home Semasa COVID-19: Angka harian lepasi paras 400

COVID-19: Angka harian lepasi paras 400

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan angka jangkitan harian COVID-19 negara telah mencatatkan paras tertinggi iaitu 432 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan tersebut melibatkan 3 kes import dan 429 penularan tempatan.

Sementara itu, seramai 57 pesakit telah disahkan pulih manakala bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 2,336 kes.

Sehingga kini, seramai 12,813 pesakit telah disahkan menghidap wabak yang membawa maut itu. 10,340 pesakit pula disahkan sembuh manakala angka kematian kekal 137. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply