Home Semasa Menteri Agama disahkan positif COVID-19

Menteri Agama disahkan positif COVID-19

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini mengesahkan beliau positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,

“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik,” katanya menerusi facebook rasminya hari ini.

Beliau menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober untuk menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

“Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply