Home Semasa Isu Vape: Saya dah mohon maaf dalam dewan ini, apa lagi YB Kluang nak? – Hishammuddin

Isu Vape: Saya dah mohon maaf dalam dewan ini, apa lagi YB Kluang nak? – Hishammuddin

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekali lagi menyatakan bahawa beliau sudah memohon maaf atas kesalahan menghisap vape semasa persidangan dalam Dewan Rakyat baru-baru ini.

Hishamuddin menjawab perkara berkenaan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi di Dewan Rakyat hari ini.

“Saya dah nyatakan apa yang salah tetap salah, saya dah mengakui bahawa saya salah dan telah saya sudah minta maaf,

“Berkaitan pasal denda, saya telah dikompaun dan telah bayar fine (denda) yang diturunkan,

“Kalau YB dari Kluang masih nak mainkan politik di dewan ini, banyak kerja lagi untuk kita bincangkan di sini,

Shu Qi bangun mencelah membangkitkan Peraturan Tetap 41(D) yang melarang mana-mana ahli Parlimen merokok di dalam Dewan ketika Menteri Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof ketika sesi pengulungan bagi JPM di Dewan Rakyat hari ini.

Shu Qi berkata perbuatan Hishammuddin itu boleh memberi imej buruk kepada kerajaan.

“Apa yang nampak diluar adalah, kerajaan ini mewujudkan antara dua darjat kerana rakyat marhaen di luar didenda dan diambil tindakan yang keras,

“Tapi ahli-ahli berhormat di sini, khasnya dari kerajaan langsung tidak didenda dan diambil tindakan yang keras,” ujarnya.

Menurutnya, beliau bangkitkan perkara ini kerana satu permohonan maaf secara rasmi perlu dibuat dalam dewan ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Luar sekali lagi bangkit berkata permohonan maaf sudah dilakukan, malah kekesalan sama diutarakan di dalam dewan.

“Tuan Yang Dipertua, saya dah nyatakan saya minta maaf dan saya nyatakan minta maaf dalam dewan ini, apa lagi YB Kluang nak? tegas Hishammuddin.

Sebelum ini, tular satu klip video berdurasi Sembilan saat di Twitter yang menunjukkan Hishammuddin menghisap vape semasa persidangan dalam Dewan Rakyat sedang berjalan.

Beliau telah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas tindakannya itu menerusi akaun Twitter dan Facebook miliknya.

Dalam hantaran itu beliau menyatakan telah dikenakan denda oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply