Home SemasaGlobal Korea Utara tingkatkan jumlah kepala peledak senjata nuklear

Korea Utara tingkatkan jumlah kepala peledak senjata nuklear

by Air Times News Network

PYONGYANG, 10 Jun – Korea Utara meningkatkan jumlah sebanyak 35 kepala peledak nuklear yang digunakan pada peluru berpandu balistik.

Menurut Research Center for Nuclear Weapons Abolition (RECNA) dari Universiti Nagasaki, sehingga kini terdapat 13,410 senjata nuklear di seluruh dunia.

“Korea Utara telah meningkatkan persenjataan nuklearnya dengan menambah sekitar 20 ke 30 senjata nuklear pada tahun 2019,

“Manakala China juga telah menambah sekitar 30 pada tahun lalu,” kata RECNA yang dilaporkan oleh Agensi Kyodo News.

Pada tahun lalu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Korea Utara, Kim Jong Un telah mengadakan beberapa siri pertemuan yang membincangkan isu persenjataan nuklear di semenanjung Korea. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply