Home GlobalRakyat Israel protes pelan pemilikan Tebing Barat

Rakyat Israel protes pelan pemilikan Tebing Barat

by M.Daim
A+A-
Reset

TEL AVIV, 7 Jun – Ribuan penduduk Israel berkumpul di Rabin Square sebagai tanda protes terhadap perancangan Benajmin Netanyahu untuk memperluaskan penguasaan negara itu di Tebing Barat.

“Katakan tidak kepada pendudukan dan pemilikan Tebing Barat. Katakan ya kepada keamanan dan demokrasi,” kata kain rentang yang dibawa oleh peserta yang berarak.

Menurut media Israel, perhimpunan itu merupakan gabungan diantara penduduk berbangsa Yahudi dan Arab yang membantah pelan Perdana Menteri mereka.

Selain itu, Senator Vermont, Bernie Sanders menyampaikan ucapan beliau kepada peserta protes melalui sidang video.

“Dalam masa sukar yang kita hadapi pada hari ini, adalah penting untuk semua menegakkan keadilan dan memperjuangkan masa depan yang menjadi hak kita,

“Segalanya bergantung kepada kita untuk menentang pemimpin yang zalim. Ianya menjadi tanggungjawab kita semua untuk menghubungkan jambatan keamanan di antara penduduk Palestin dan Israel,” katanya.

Sementara itu, Ketua Perikatan Joint List, Ayman Odeh menegaskan Israel kini berada di persimpangan untuk memilih pendamaian atau permusuhan.

“Kita mempunyai dua jalan, satu untuk keamanan kepada semua manakala satu jalan lagi adalah kebencian dan penuh kezaliman,

“Kita disini adalah untuk memilih jalan pendamaian.  Tiada siapa yang menyatakan demokrasi adalah hak esklusif orang Yahudi,” kata Ayman. – AirTimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply